KEMUDAHAN
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?
- Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
- Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
- Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
- Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
- Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
- Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
- Bounti/Saguhati tahunan.
- Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
- Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
- Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
- Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
- Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan