Jumaat, 14 Mei 2010


PERMOHONAN
Ditulis Oleh Administrator   
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan Awam.
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
 

CARA PERMOHONAN
 
Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan Askar Wataniah yang berhampiran di tempat anda. Lokasi-lokasi yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
 
 Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau
80990 Johor Bharu
Johor
Tel: 07-3541088
Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel
10350 Pulau Pinang
Tel: 04-2297001
   
 Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133
Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rejang
96000 Sibu
Sarawak
Tel: 084-333933
   
 Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun
30350 Ipoh
Perak
Tel: 05-2549342
Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks
93677 Kuching
Sarawak
Tel: 082-612300
   
 Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri
02450 Kangar
Perlis
Tel: 04-9382024
Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Berang
Terengganu
Tel: 09-6191644/645
   
 Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Teluk Sisik
25050 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5674229
Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Jalan Kolam Air
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-4203102
   
 Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa
16100 Kota Bahru
Kelantan
Tel: 09-7738800
Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: 06-2332123/2130
   
 Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira
P.O.Box 11608
88817 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-212620/628
Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133
   
 Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7632411
Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan
91000 Tawau
Sabah
Tel: 089-772771
   
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2071 3332/2283/2281/3330/3346/4401/2306
Faks: 03-26989235
 
Image
Image
Image
Image

INSENTIF
Ditulis Oleh Administrator   
Perkembangan Kerjaya

Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:

Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.

Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.

Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.

Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:

-  Elaun Latihan Tempatan:  Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.
Image

KEMUDAHAN
Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?
  1. Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
  2. Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
  3. Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
  4. Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
  5. Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
  6. Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
  7. Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
  8. Bounti/Saguhati tahunan.
  9. Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
  10. Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
  11. Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
  12. Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  13. Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
  14. Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
  15. Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.

Ditulis Oleh Administrator   
KONSEP DAN JENIS-JENIS LATIHAN

Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.
TUJUAN LATIHAN
  • Mendedahkan anggota sukarela dengan alam ketenteraan
  • Menjadikan mereka sebagai anggota tentera yang terlatih
  • Mampu dab bersedia untuk digerakkan ke medan peperangan apabila di perlukan.

Latihan Rekrut
Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.

Latihan Tempatan
Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (pasukan bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (pasukan teknikal).
  • Dilaksanakan di kem yang berdekatan
  • Masa yang bersesuaian terutama pada hujung minggu
  • Jangkamasa 2 hingga 12 jam sehari
  • Jumlah jam latihan:
    1. Tidak melebihi 240 jam setahun @ 20 hari setahun (pasukan bukan teknikal)
    2. Tidak melebihi 360 jam setahun @ 30 hari setahun (pasukan teknikal)

Latihan Berterusan
Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.
  • Dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa:
    1. Tidak kurang daripada 3 hari (72 jam)
    2. Tidak melebihi 14 hari dalam setahun 
  • Dijalankan secara berkelompok di kawasan latihan di luar kem
  • Kebiasaannya di laksanakan selama 14 hari setahun yang di pecahkan kepada 2 sesi (7 hari setiap sesi)
Latihan Kem Tahunan
Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.
  • Dilaksanakan selama 15 hari dalam setahun
  • Dilaksanakan pada penghujung tahun dan merupakan kemuncak segala aktiviti latihan
  • Di laksanakan dalam dua peringkat
    1. 7 hari di kem
    2. 8 hari di medan
  • Dijalankan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu peperangan, taktikal, pengendalian senjata dan latihan lain.
Latihan Anggota Pakar Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.
  • Anggota pakar terdiri daripada:
    1. Rej. Semboyan Pakar (Telekom Malaysia)
    2. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Pelabuhan (40 RAJD AW
    3. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Keretapi (50 RAJD Pakar AW)
    4. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Air (60 RAJD AW)
    5. Rej. Jurutera Pakar  Pengendalian Janakuasa (70 RAJD Pakar AW)

Ditulis Oleh Administrator   
LAGU RAW
Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan
Mari muda dan mudi
Menyahut seruan pertiwi
Tidak kira keturunan ataupun bangsa
Berkhidmat dengan bangganya
Kamilah sukarelawan
Dan juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali
Ini azam dan janji
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara
 

PERANAN DAN TUGAS
Ditulis Oleh Administrator   
MATLAMAT

Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan AW ke arah tahun 2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan Angkatan Tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.

OBJEKTIF

Penekanan latihan untuk pegawai dan anggota Sukarela mestilah tertumpu kepada peningkatan prestasi individu dan kumpulan yang ditetapkan dalam Arahan Latihan Panglima Tentera Darat. Objektif umum latihan AW adalah seperti berikut:

Menyediakan Angkatan Sukarela dalam semua fasa Peperangan Konvensional dan PMI.

Melalui ‘Konsep Afiliasi', semua Rej Siri 500 AW dilatih kemahiran melaksanakan peranan Kor Infantri (sama ada secara bersendirian atau sebagai sebahagian daripada kumpulan) dalam semua fasa Peperangan Konvensional, PMI, Ketenteraman Awam dan gerakan membantu pihak berkuasa awam. 
  • Melalui ‘Konsep Integrasi’, semua unit Tempur AW, Bantuan Tempur AW dan Bantuan Perkhidmatan AW dilatih kemahiran Kor masing-masing untuk membantu pasukan Tetap melaksanakan peranan yang ditetapkan dalam semua fasa Peperangan Konvensional, PMI, Ketenteraman Awam dan gerakan membantu pihak berkuasa awam.

    1.  Melatih setiap peringkat pegawai dan anggota Sukarela kemahiran bidang tugas masing-masing sesuai dengan perjawatan yang disandang.

    2.  Melatih dan memahirkan unit-unit AW daripada berbagai Kor melaksanakan gerakan bersama.

    3. Melatih unit-unit AW bersama badan-badan sukarela awam melaksanakan gerakan membantu pihak berkuasa awam semasa kecemasan, bencana alam dan peperangan.
PERANAN PASUKAN ASKAR WATANIAH
  • Membantu-ganti (augment) Angkatan Tentera Darat di masa darurat dan perang
  • Membantu Tentera Darat dalam Operasi Keselamatan dalam Negeri
  • Membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam
TUGAS PASUKAN ASKAR WATANIAH
  • Bersedia di aturgerak untuk mengambil alih tanggungjawab pasukan tetap dalam misi misi tertentu
  • Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor
  • Mengadakan pertahanan kepada sasaran dan instalasi penting
  • Mengadakan tenaga pengganti kepada anggkatan tetap
  • Melaksanakan kegiatan pengkhianatan dan sabotaj
  • Bertindak sebagai agensi perisikan
  • mengendali dan menyelenggarakan perkhidmatan penting apabila di perlukan (Unit Pakar)

CARTA ORGANISASI (AW)
Ditulis Oleh Administrator   
Image



Image



Image

 PENUBUHAN
Awal Penubuhan Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.   Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia  bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
 


PASUKAN RAW
Ditulis Oleh Administrator   
PASUKAN RAW
Askar Wataniah (AW) telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:

    - Elemen Tempur.
    - Elemen Bantuan Tempur.
    - Elemen Bantuan Perkhidmatan.
    - Elemen Pakar.
    - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).


ELEMEN TEMPUR

REGIMENT INFANTRI SIRI 500 (AW)
Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri Angkatan Tentera Tetap. Terdapat enam belas rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini. Setiap rejimen mempunyai tiga batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi.

KOR ARMOR DIRAJA(AW)Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.


ELEMEN BANTUAN TEMPUR

REGIMEN SEMBOYAN DIRAJA (MEDAN), RSD(MEDAN)Skuadron-skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.

REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA, RAJD(MEDAN)Mewujudkan Skuadron-skuadron Jurutera AW dengan melatih anggota Sukarela dalam aspek kejuruteraan medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.

REJIMEN ARTILERI DIRAJA, RADKonsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.

KOR RISIK DIRAJA, KRD
Kor Risik mempunyai sebuah unit yang diintegrasikan ke batalion KRD (Tetap). Unit ini terdapat di Pulau Pinang.
KOR POLIS TENTERA DIRAJA, KPTD -


ELEMEN BANTUAN PERKHIDMATAN

Kor Perkhidmatan,KPDTerdapat lima Kompeni Angkut AW. Satu Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara, AW. Lokasi unit-unit adalah di Seremban, Kuala Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

Kor Ordnan, KODTerdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan. 

Kor Jurutera Letrik Dan Jentera, JLJDTerdapat dua wokshop JLJ AW iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Wokshop Medan AW bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.

Kor Kesihatan, KKD Terdapat empat Kompeni Ubat AW bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani(kini di USM, Kampus Kelantan) dan Kuching.


ELEMEN PAKAR

REGIMEN SEMBOYAN PAKAR, STMBUnit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.

Markas Jurutera di Kuala Lumpur. Elemen Jurutera Pakar terdiri daripada:


REJIMEN PAKAR PENGENDALIAN PELABUHAN
Unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.

REGIMEN JURUTERA PAKAR PENGENDALIAN KERETAPI, KTMB
Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

REGIMEN JURUTERA PENGENDALIAN AIRUnit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air.

REGIMEN JURUTERA PAKAR PENGENDALIAN JANAKUASA, TNBUnit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.


PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

PALAPES ditubuhkan di dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan.

Pasukan AW Kerahan (Mobilisasi) - Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara beberapa pasukan AW telah dikerah sepenuh masa untuk menjaga keselamatan sempadan dan kawasan-kawasan strategik negara. Antara pasukan-pasukan yang masih dikerah ialah:

-  Siri 300 AW.
-  Pusat-Pusat Kawalan Sasaran Penting.

Siri 300 AW - Unit-unit ini dikerah untuk menjaga keselamatan Lebuh Raya Timur Barat dan sempadan negara. Operasi Pagar di kawasan Kedah dan Perlis serta Perak dan Kelantan.

Pusat Kawalan Sasaran Penting - Unit Sasaran Penting diwujudkan di tempat strategik negara dan terletak di bawah pentadbiran Markas Pemerintahan Briged.
 

REJIMEN 505 (AW)
Pada tahun 1942, iaitu semasa zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, KDYMM Sultan Pahang tidak melarang orang Melayu Pahang menubuhkan sebuah pasukan sukarela secara sulit untuk menentang pihak tentera Jepun yang menduduki di negeri itu. Tentera Wataniah ini dianggotai oleh kira-kira 250 orang di bawah kepimpinan seorang pemuda Melayu bernama Yeop Mahidin dan dua orang lagi anak watan Pahang, iaitu Encik (Tun) Abdul Razak bin Datuk Hussain (berpangkat Kapten mengetuai satu pasukan) dan Encik Ghazali Shafie (berpangkat Leftenan).
Pada 24 Julai 1945, Yeop Mahidin (Nama Rahsia: Singa) beserta Haji Abu Jamal dan tiga orang Melayu telah bermesyuarat selama empat jam dengan Lt Kol Richardson di Batu Talam, Raub, Pahang. Antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut ialah penubuhan gerakan sulit dengan gelaran Wataniah. Selain itu, Yeop Mahidin dicadangkan untuk dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Pasukan dengan berpangkat Leftenan Kolonel dan pegawai lain yang ditauliah oleh Sultan Pahang akan dilantik sebagai Kolonel Kehormat.
Dalam pertemuan itu, dipersetujui juga bahawa seorang Pegawai Pemerintah akan dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Mejar. Empat kompeni akan ditubuhkan di setiap daerah, iaitu di Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh. Setiap kompeni dibahagikan kepada beberapa seksyen, iaitu organisasi di paras mukim yang dianggotai oleh 15 hingga 20 orang. Di samping itu, terdapat satu seksyen untuk kem markas yang mengandungi kira-kira 20 orang yang bertugas di Kem Richardson. Pasukan ini mempunyai kekuatan kira-kira 500 orang.
Setakat 14 Ogos 1945, Wataniah mempunyai 244 anggota yang berdaftar. Seramai 173 anggotanya telah dibekalkan dengan senjata. Organisasi Wataniah dipecahkan kepada lima platun iaitu Batu Talam, Dong, Sega, Kula Lipis dan Raub. Di samping itu, terdapat kumpulan ini dipimpin oleh Mej Yeop Mohidden dan dibantu oleh Kapt Abdul Rahman Ismail dan Kapt Abdul Razak bin Husain. Platun Batu Talam dipimpin oleh Kapt Sulaiman bin Ismail (seorang guru), Platun Raub oleh Lt M Tengku Yunan bin Haji Daud, Platun Sega oleh Lt Yaacub bin Hassan, Platun Kuala Lipis oleh Lt Ghazali bin Shafie dan Platun Dong oleh Lt M Along Nasir.
ASAL-USUL PENUBUHAN
Berikutan kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945, keadaan pentadbiran dan politik negeri menjadi tidak stabil. Parti Komunis Malaya (PKM) cuba menguasai Semenanjung Malaysia sebelum pihak British bertapak di Semenanjung. Banyak keganasan telah berlaku dan ini mendorong pihak penjajah di Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan undang-undang darurat di seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1948. Berikutan daripada ancaman dan keganasan PKM terus berleluasa, Sultan Pahang menitahkan Yeop Mahidin menubuhkan Pasukan Kawalan Kampung bagi membantu pasukan keselamatan dari kerajaan pusat.
Di peringkat awal darurat, ramai anggota Wataniah yang melibatkan diri dalam Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) untuk menangani keganasan PKM di Pahang. Markas Besar Pasukan Kawalan Kampung terletak di Kuala Lipis dan Pegawai Memerintahnya ialah Lt Kol Valentine yang dihantar khas dari Rejimen Askar Melayu. Penolong Pegawai Memerintahnya ialah Mej Nazri bin Awang berasal dari Kampung Tengah, Kuantan.
Setelah berakhirnya darurat, Pasukan Kawalan Kampung telah dibubarkan. Kemudiannya, pihak kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Tentera Sukarela untuk menggantikan pasukan tersebut. Pasukan baru diberi nama Tentera Tempatan Persekutuan (TTP). Pengarah pertama pasukan ini ialah Kol Yeop Mahidin. Tiga Batalion ditubuhkan dalam Negeri Pahang. Setiap Batalion diterajui oleh seorang pegawai berpangkat Kapten. Batalion Pertama di Kuantan diketuai oleh Kapt Decrus, Batalion Kedua di Kuala Lipis oleh Kapt Wong Yee Van dan Batalion Ketiga di Temerloh oleh Kapt Ahmad bin Osman. Latihan bagi ketiga-tiga Batalion diselaraskan oleh seorang pegawai berpangkat Mejar sebagai Training Mejar iaitu Mej Mustaffa bin Kassim.
Pada tahun 1963, ramai anggota sukarela dari Batalion Satu, Dua dan Tiga TTP Pahang dikerahkan bagi menghadapi konfrontasi. Pasukan ini telah berkembang dari semasa ke semasa sehingga tertubuhnya satu pasukan Infantri Askar Wataniah (12 MTA) yang terdiri daripada Markas Kompeni A, B, C dan D. Markas Kompeni terletak di Temerloh, Kompeni A di Kuantan, Kompeni B di Pekan, Kompeni C di Kuala Lipis dan Kompeni D di Raub. Anggota sukarela yang tidak dikerah disenaraikan dalam pasukan baru yang diberi nama Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau lebih dikenali dengan nama Pahang LDC. KDYMM Sultan Ahmad Shah Ibni Almarhun Sultan Sir Abu Bakar pernah bergiat cergas dalam PPT Pahang sebagai pegawai sukarela berpangkat Mejar. Semasa konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963, baginda telah berkhidmat sepenuh masa dan dilantik sebagai Pegawai Pemerintah di 12 Bn Inf AW di Kem Batu 5, Mentakab sehingga tahun 1965. Pada 23 Julai 1970, baginda telah dianugerahkan Tauliah DiRaja Kehormat dalam PPT (Askar Wataniah) dengan menyandang pangkat Leftenan Kolonel sebenar.
Pada tahun 1968, Markas Besar PPT Pahang terletak di Jalan Gambut, Kuantan, dan ditadbirkan oleh seorang pegawai tetap, iaitu Mej Khoo Ah Leong. Beliau dibantu oleh beberapa orang jurulatih tetap (LDC). Jurulatih ini digandingkan dengan beberapa orang jurulatih tetap dari Askar Melayu DiRaja dan Peninjau DiRaja. Jurulatih ini dihantar ke daerah Pekan, Temerloh, Jerantut, Raub, Kuala Lipis dan Bentong. Organisasi di setiap daerah disusun semula dengan tidak memberi nama Batalion, tetapi hanya diberi nama Pegawai Pentadbir Daerah yang diketuai oleh seorang anggota tetap berpangkat Staf Sarjan untuk mengendalikan platun di bawah jagaannya.
Pada tahun 1969, PPT Pahang telah ditukar nama kepada 408 Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Antara Pegawai Pemerintah yang pernah berkhidmat dengan 408 PSTD ialah Mej Khoo Ah Leong, Mej Abu Bakar bin Ahmad, Mej Omar bin Mohamad, Mej Nik Mahir, Mej Mustaffa bin Kassim, Mej Ajit Singh dan Mej Zamrah.
Pada 1 Mac 1979, 12 MTA telah diserapkan menjadi 24 RAMD yang berpangkalan di Kem Dar Lockwood, Batu 10, Jalan Gambang, Kuantan. Markas Pasukan 408 PSTD terletak di Jalan Gambut, Kuantan, dan selepas konfrontasi dengan Indonesia, Markas ini telah dipindahkan ke Kem Perwira bagi mengambil alih kem yang ditinggalkan oleh Rejimen Peninjau DiRaja. Tidak berapa lama selepas itu Markas ini berpindah semula ke Jalan Gambut di tempat asalnya kerana Kem Perwira diserahkan kepada anggota Sasaran Penting (Kerahan). Pada bulan Februari 1973, Markas ini berpindah pula ke Kem Telok Sisek, di Jalan Dato’ Abdullah, Kuantan untuk mengambil alih Kem yang ditinggalkan oleh 4 Bgd. Kem Telok Sisek di Jalan Dato’ Abdullah, Kuantan pernah dijadikan Markas 4 Bgd mulai bulan Januari 1971 hingga bulan Februari 1973, iaitu semasa banjir besar melanda negeri Pahang pada penghujung tahun 1970 dan awal 1971. Perasmian penempatan Markas 4 Bgd di Kem Telok Sisek itu disempurnakan oleh Almarhun Sultan Sir Abu Bakar pada 30 Mei 1971. Pada 7 Februari 1980, 408 PSTD ditukar nama baru kepada Rejimen 505 (AW).
PERKEMBANGAN PASUKAN
Selain daripada pelbagai lapisan anak tempatan negeri Pahang Darul Makmur, penuntut dan pekerja dari institusi latihan dan organisasi swasta juga turut menyertai keanggotaan Rej 505 (AW) seperti berikut:
    • Institut Kemahiran MARA, Pramu Pekan.
    • Institut Latihan Perindustrian, Gebeng, Kuantan.
    • Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Semanbu, Kuantan.
    • Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan.
    • Politeknik Sultan Ahmad Shah, Semambu, Kuantan.
    • MARA Community College, Kuantan.
    • Automotive Manufacturing (Malaysia), Pramu, Pekan.
PENEMPATAN PASUKAN
MK Rejimen dan Bn 1/505 (AW) – Kem Teluk Sisek, Kuantan (Daerah Kuantan)
Bn 2/505 (AW) – Kem Susur Tembeling, Jerantut (Daerah Maran, Jerantut dan Jengka)
Bn 3/505 (AW) – Kem Puncak Mas, Raub (Daerah Raub, Lipis, Bentong dan Cameron Highland)
Bn 4/505 (AW) – Kem Sri Pekan, Pekan (Daerah Pekan, Rompin, Keratong, Pulau Tioman dan Chini.
HAL-HAL SIGNIFIKAN
Penubuhan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah. JAKPAW Negeri Pahang Darul Makmur telah ditubuhkan pada 16 September 1995. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan badan-badan berkanun dan swasta.
Pengistiharan Rej 505 AW Sebagai ‘Anak Angkat’ Kerajaan Negeri Pahang. Pada 16 Mac 1996 oleh YAB Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khalil bin Yaakob, Menteri Besar Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan.
Pengambilan Orang Asli. Di seluruh negeri Pahang telah dilaksanakan pengambilan orang asli sepanjang tahun 1996, mereka dilatih sebagai anggota baru Wataniah di beberapa buah Rancangan Penempatan Semula dan berjaya menamatkan latihan tersebut. Perbarisan tamat latihan telah disempurnakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 3 September 1996 YB. Dato’ Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Pertahanan Malaysia.



lambang