Jumaat, 14 Mei 2010


PERANAN DAN TUGAS
Ditulis Oleh Administrator   
MATLAMAT

Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan AW ke arah tahun 2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan Angkatan Tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.

OBJEKTIF

Penekanan latihan untuk pegawai dan anggota Sukarela mestilah tertumpu kepada peningkatan prestasi individu dan kumpulan yang ditetapkan dalam Arahan Latihan Panglima Tentera Darat. Objektif umum latihan AW adalah seperti berikut:

Menyediakan Angkatan Sukarela dalam semua fasa Peperangan Konvensional dan PMI.

Melalui ‘Konsep Afiliasi', semua Rej Siri 500 AW dilatih kemahiran melaksanakan peranan Kor Infantri (sama ada secara bersendirian atau sebagai sebahagian daripada kumpulan) dalam semua fasa Peperangan Konvensional, PMI, Ketenteraman Awam dan gerakan membantu pihak berkuasa awam. 
  • Melalui ‘Konsep Integrasi’, semua unit Tempur AW, Bantuan Tempur AW dan Bantuan Perkhidmatan AW dilatih kemahiran Kor masing-masing untuk membantu pasukan Tetap melaksanakan peranan yang ditetapkan dalam semua fasa Peperangan Konvensional, PMI, Ketenteraman Awam dan gerakan membantu pihak berkuasa awam.

    1.  Melatih setiap peringkat pegawai dan anggota Sukarela kemahiran bidang tugas masing-masing sesuai dengan perjawatan yang disandang.

    2.  Melatih dan memahirkan unit-unit AW daripada berbagai Kor melaksanakan gerakan bersama.

    3. Melatih unit-unit AW bersama badan-badan sukarela awam melaksanakan gerakan membantu pihak berkuasa awam semasa kecemasan, bencana alam dan peperangan.
PERANAN PASUKAN ASKAR WATANIAH
  • Membantu-ganti (augment) Angkatan Tentera Darat di masa darurat dan perang
  • Membantu Tentera Darat dalam Operasi Keselamatan dalam Negeri
  • Membantu pihak berkuasa awam semasa bencana alam
TUGAS PASUKAN ASKAR WATANIAH
  • Bersedia di aturgerak untuk mengambil alih tanggungjawab pasukan tetap dalam misi misi tertentu
  • Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor
  • Mengadakan pertahanan kepada sasaran dan instalasi penting
  • Mengadakan tenaga pengganti kepada anggkatan tetap
  • Melaksanakan kegiatan pengkhianatan dan sabotaj
  • Bertindak sebagai agensi perisikan
  • mengendali dan menyelenggarakan perkhidmatan penting apabila di perlukan (Unit Pakar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan